Kelas Keusahawanan: DIY Membuat Keronsang

7 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 September 2019, Pusat Internet Sibuti telah menjalankan Kelas Keusahawanan iaitu DIY Membuat Keronsang. Kelas tersebut memfokuskan kepada latihan amali membuat keronsang disamping penerangan berkenaan siaran digital MyFreeview. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan cara-cara pengiraan kos tetap, jualan, dan untung. Topik-topik berkenaan sangat penting kepada perniaga untuk menentukan hala tuju dan perkembangan perniagaan yang mereka jalankan.

Kelas tersebut telah diadakan di bilik latihan PI Sibuti dan telah berlangsung selama 2 jam. Seramai 5 orang peserta daripada kalangan surirumah telah menyertai kelas berkenaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali